Saturday, July 3, 2010

peduli palestine~

Syukur alhamdulillah dibukakan hati oleh Allah s.w.t utk aku dan kawan2 ku untuk pergi meluangkan masa mendengar ceramah Peduli Palestine,line life for gaza...suatu pengalaman yang cukup indah yang aku dapat apabila dapat berkongsi pengalaman bersama salah seorang sukarelawan flotila yang terselamat semasa misi kemanusiaan ke gaza baru2 ini.Syukur alhamdulillah,Dr Syed Haleem bin Syed Hassan Al-Haddad dapat datang ke jakarta untuk sama2 membuka mata kami untuk melihat betapa kita sebagai umat islam patut mengambil peduli tentang apa yang sedang berlaku kepada saudara kita di sana...Tanah palestine telah diwakafkan kepada kita semua umat islam untuk sama2 kita jaga dan pelihara tetapi bumi palestine itu telah menjadi tanah jajahan Israel yang kejam dan durjana..selama 4 tahun setengah bumi palestine dikepung,sebarang bantuan,sebarang makanan,ubat-ubatan tidak dibenarkan dibawa masuk ke palestine.Lihat betapa kejamnya israel yang membiarkan penduduk palestine menderita dan menyeksa mereka secara perlahan2,tanah dan air diracuni dan sehinggakan tiada sebarang kerja pembaikan ataupun pembinaan semula pembangunan yang dibenarkan..

menurut pengalaman Dr.Syed Haleem,misi kemanusiaan Gaza ini telah mendapat sokongan dunia dengan disertai 52 buah negara termasuklah Turki,Greece,Sweeden,Australia,Indonesia,Malaysia dan negara2 lain tak kira bangsa dan agama apa sekalipun,mereka bersama2 di dalam kapal Mavi Marmara dengan satu niat yang sama untuk memberi bantuan kepada rakyat palestine.Menurut Dr Syed Haleem lagi,di dalam kapal tersebut terdapat berbagai macam jenis manusia dari yang solat penuh kepada yang tidak tahu solat,dari yang merokok ,bertatu semuanya ada..dari agama Islam,Kristian ,etis semuanya ada..Tapi mereka bersatu demi satu misi kemanusiaan membei bantuan kepada penduduk palestine yang dibantai teruk oleh si kejam Israel..Semasa kapal mereka sudah mulai smpai ke perairan antarabangsa,sejauh 72 batu nautica dari tebing gaza,mereka diserang oleh Israel yang datang dengan kapal,bot laju dan helikopter..Mereka ditembak secara rawak dan ramai yang mengalami kecedaraan kecil dan ada juga yang syahid...

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka ini semua adalah terrorist,tapi apakah mereka ini semua terrorist sedangkan mereka pergi tanpa membawa senjata apa sekalipun..Alhamdulillah Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk terus berjuang ,di daam misi kemanusiaan ini,mereka dilarang sama sekali menggunakan senjata walaupun mereka diserang,cara mereka adalah hanya menolak dan membuang senjata lawan ke laut jika terpaksa...Malah mereka hanya mempertahankan diri dengan menggunakan kerusi sedangakan tentera israel datang dgn perlbagai alat senjata yang moden..Apakah Israel terlalu penakut sehingga terpaksa membunuh mereka yang datang hanya untuk memberi bantuan makanan dan ubatan?Itulah kekejaman Israel yang sanga pandai memutar belit...Syukur Alhamdulillah,kuasa Allah itu lebih besar dari segalanya,bebrapa video sempat dirakamkan dan gambr sempat diambil yang boleh dijadikan bahan bukti untuk mndakwa Israel kerana menurut Dr Syed Haleem,Turki sebagai salah satu kuasa besar dgn persetujuan ramai mendesak barang rampasan yang diambil oleh Israel diserahkan kepada penduduk Israel kerana jika tidak mereka akan membawa bukti2 yang ada untuk mendakwa Israel ke muka pengadilan dan kini Israel berada dalam tekanan.

Syukur Alhamdulillah,Subhanallah saya dapat merasa bagaimana pengalaman Dr Syed Haleem yang tidak gentar walaupun maut hampir di depan mata,berdepan manusia paling kejam dan terkutuk tapi itulah suatu nikmat dari Allah yang tidak dapat dirasakan oleh semua orang.Hanya orang2 yg terpilih yang dapat merasakan dan mengalaminya...betapa bertuahnya Dr syed Haleem dan rakan2 nya yg lain..Melihat teman2nya yang syahid di medan pertempuran membuatkan mereka tidak gentar untuk terus berjuang,Orang yang syahid bukanlah orang yang mati tetapi hidup dan istimewa di sisi Allah.Menurut Dr syed lagi,temannya yang sempat mengucup jenazah pahlawan yang syahid itu tercium bau harum pada mereka.Subhanallah...

Maka kita sebagai umat Islam khususnya haruslah membuka mata mengambil peduli tentang isu ini.Sedangkan orang bukan Islam tahu bagaimana untuk membantu,apakah kita hany aperlu berdiam diri tidak ambil peduli??maukah kita tidak diakui oleh Rasulullah sebagai umatnya sebab sikap kita yang tidak pedulikan saudara kita??Tidak sempurna
iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana
dia mengasihi dirinya sendiri.Walaupun kita tidak berpeluang untuk pergi berperang tapi sekurang-kurangnya kita berdoa buat mereka dan cubalah meboikot barangan Israel..Moga allah memberi kekuatan buat rakyat Palestine dan membuka hati kita..Amin~

Monday, June 21, 2010

10 Tabiat yang boleh merosakkan otak~

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila ses
eorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


sekadar berkongsi ad copy from others:)

Saturday, June 19, 2010

berfikiran sempitkah atau terbuka kah?

ya tajuk ini mengundang kontroversi...haha~~
bercakap tentang "narrow minded" kah pemikiran kita atau terlalu terbuka pemikiran kita mengenai situasi tertentu mengundang kontroversi..lihat saja contoh2 dalam situasi berikut:

1)situasi 1
kita selalu rasa bila kita cakap bahasa inggeris,kita menulis dalam bahasa inggeris dan kita boleh menggunakan bahasa inggeris dgn baik dalam kehidupan seharian kita,kita rasa kita dah sangat pandai dan bagus...yes basically kita mungkin lebih pintar dari orang lain yang tak reti langsung menggunakan bahasa inggeris yaitu bahasa perantara yang terbaik.tapi tak perlulah bongkak kalau kita tahu berbahasa inggeris sekalipon...Bahasa inggeris memang sangat penting sebab adalah salah satu bahasa perantara yg paling banyak difahami manusia...Tapi jgnlah angkuh bila mggunakan bahasa inggeris kita rasa kita lah yg pling bagus...yes kalo anda boleh guna bahasa inggeris dgn baik iu satu bonus utk abda tapi jgn perlekehkan org lain...di sini anda bukn lagi seorg yang berfkiran terbuka malah anda seorg yg berfikiran sempit~~

2)situasi 2
ya situasi kedua tentang pangkat,darjat dan harta...ini menjadi isu pokok manusia zaman sekarang..eh kau pakai beg jenama ape?jimmy choo?esprit?charles n keith?wahhh kayanya kau....eh kau pakai kasut brand ape?seluar kau?habis digodek semua jenama...bberapa banyak harta kau ada?nasib tak tanya sampai soalan mcm tu kan??ye basically orang judge kekayaan kita dgn kereta apa kita pakai,besar mana rumah kita,jenama apa pakaian kita,kerja apa kita?selalu orang rasa kerja profesional mcm doctor,engineer,lawyer semuanya akan kaya..hello peeps,open ur eyes..kekayaan tak dtg bergolek,semuanya perlukan usaha...yang paling penting bkn berapa byk gaji kau,kereta apa kau pkai tapi basically semua mende ni ajar kita untuk saving(menyimpan)....kalau gaji rm10 000 sebulan pon kalo semua kau joli..mana simpanan hari tua kau??mana simpanan masa sakit kau kalu berhabis utk kereta fair lady,lamborgini atau ferrari,berhabis utk baju berjenama,kasut berjenama..kan??jadi siapa yang berfikiran sempit dan luas??biar bersederhana..ukur baju di badan sendiri~~

3)situasi 3
wahh ini tentang ego manusia yang tinggi melambung....aku boss,aku tak boleh senyum kat pekerja aku...eh aku doctor la,tak boleh kawan dgn kelas bawahan...eh aku pegawai,ko mata2,mana sama darjat..tak sekufu...ye mentaliti org sekarang yang kerana ego yang tinggi...tidak mahu langsung memandang ke bawah....sedangkan saya sendiri hanya dibesarkan oleh ibu bapa yang bekerja polis ttapi dapat mendidik saya sampai menjadi doktor gigi..saya ak pernah berbangga dengan menjadi doktor gigi sbb kalo tak kerana didikan dari ibu bapa saya dan guru2,,saya takkan smpai ke tahap mcm ni..jadi kalo ade doktor yg memandang enteng pada polis,cari balik asal usulmu..kalau ade lawyer pandang rendah pada pak guard,cari balik asal usulmu...ego manusia ini selalu tinggi apabila dia selalu berada di atas...inikah dinamakan berfikiran luas dan terbuka?sedangkan rasa hormat antara satu sama lain itu yg plg pntg:)..jgn angkuh sampai berkata maaf pon susah nk dilafaz~~

Wednesday, June 16, 2010

physical appearance:)

almost all women wanna look sexy,pretty,sweet,cute,gorgeous and etc..and it is same for men,they wanna look handsome,macho,smart,cute and etc..its a normal human being....its become abnormal when people does not concious about beauty and healthy...because our appearance is the first thing that will be judged by people..it is normal when people talk about our appearance,because our appearance actually reflects our attitude...as an example,when we are going for an interview,we will choose a suitable attire to wear because the interviewer will judge us based on our appearance first...for me,the most important thing for us to looks beauty,handsome or whatever u want is our attitude and self esteem...when u have your own attitudeand identity,people will know who you are...and based on physical appearance,most people are easily falling in love for the first sight..it is true...and thats why many people are really concious about their beauty especially for women...when we grow up to the puberty stage,we start to try make up thingy an what-so-ever girls thingy...actually what makes us just love to see our boyfriends or girlfriends huh??it must be something that makes us so interested to see them ryte???and what is the characters or the x-factors that they have??basically im falling in love with these few guys for a specific characters:-




see...what are the same characters that these 3 guys have that makes me feels so adorable to them...:)..try to find it out by urself:)

Thursday, June 10, 2010

pelik~

ishh pelik lah dgn perangai manusia ni..
ni lagi satu perangai yg pelik..kedekut dgn org...
dah la kedekut tu takpela kan sbb tu semua kau punya tapi kalo dah smpai,
kedekut ngn orang tapi brg orang kau ambil,apa kes??
ada kau fikir???huh manusia2....
kalau tak berkira dgn orang takpe,ni kau berkira ngan orang..
so sape taknak berkira dgn kau??
tapi takpelaa....kita jgn jadi mcm dia...
berbaik2 la dgn org seperti itu...semoga die bukak mata:)
pelik tapi benar part2 :)

Wednesday, June 9, 2010

cantik vs bersih~

cantik vs bersih~~
kalo muke cantik tapi pengotor kita buh dalam kategori ape?
kalo pembersih tapi tak cantik kategori mana pulak??
mana yg lelaki lebih suka utk dijadikan isteri?
tepuk dada tanya selera..
mak saye selalu cakap...kalo nak tau org tu pembersih atau tak,pi tgk toilet umah dia..
kalo toilet umah dia bersih,bersih la orgnye..
tapi kalo toilet kotor,tak pyh masuk bilik dia pon kita sudah tau..
wow,bila saye dngar mak saya cakap mcm tu,saya mcm impressed sbb tapenah la plak saye terpikir smpai mcm tu,,tapi bila difikirkan mungkin betol ckp mak saye tu dan ternyata setelah dikaji dan diteliti mmg benar pon...huhu...lumrah perempuan sebagai seorg yg pengemas dan pembersih..jadi kalo jumpe perempuan pengotor cam pelik..pelik pelik pon tetap ada dan benar..
di luar bukan main bergaya sakan,kemas dan wangi..pergi check dulu,belum tentu si dia pembersih orgnya....cantik bukan bererti die bersih dan tak cantik tak bererti die pengotor..
jadi kecantikan tu hnya luaran yg dibanggakan..kalau kawen tunggang langgang rumahbaru suami pening kepala...:D..peace~~~

Saturday, June 5, 2010

..........

seminggu yang sangat suxxxxx~~
andai dpt diundur masa...
takkan aku menjalani hidup yg mcm ni...
seminggu yg sgt terok....

Sunday, May 23, 2010

adaptation~

melepaskan segala2 yg bukan lagi menjadi milik..
apabila sdg bahagia jgnlah kita lupa akan kekecewaan yg mungkin akan kita hadapi..
entah bila kita akan hadapi tak siapa akan tahu...tak siapa akan menyangka dan tak siapa menginginkan kekecewaan..tetapi apabila kekecewaan dtg bertandang,terimalah dgn redha dan tak perlu lah kita hebah2 kan dan tak perlulah kita babitkan sesiapa...kesedihan dan kekecewaan tak perlu ditunjukkan pada sesiapa...hanya memerlukan masa utk pulih..caci maki di blog atau di fb tak akan mmbantu apa2 andai kekecewaan bertandang...kuatkan kati dan teruskanlah dgn apa yg ada dan apa yg tinggal...merancang itu mmg kerja manusia tapi yg menentukan hanya Allah..dia yg lebih mengetahui apa yg terbaik buat diri ini..aku bersujud dan menadah tgn padamu mgharap yg terbaik buat diri..hanya Allah yang mengetahui segalanya..ada hikmah di sebalik yg terjadi dan aku sentiasa yakin akan itu....mungkin ini yg terbaik buat diriku yang kian alpa dan lalai...

kebahagiaan dalam perpisahan:)

Saturday, May 22, 2010

adaptation~

its not easy to adapt with da "new me"...
i still need time to adapt with all diz....
adaptation make me feels sick at da moment...
go away bad feeling...come to me new spirit...
hope everything gonna be fine...
missing you is part of my life....
loving you is part of of my life...=)

Thursday, May 20, 2010

Sunday, May 2, 2010

may god bless u:)

happy bday my dear friend nurliyana amran...May god bless u and hav a blast on ur birthday..
Awal perkenalan dulu tak pernah menyangka akn dapat berkawan rapat dengan gadis cntik ini....melihat tingkah lakunya yang ayu,wajah yang cantik,tutur kata yang sopan dan budi bicara yang baik membuatkan aku senang untuk terus menjadi teman rapat buat gadis ini..:)
apepon aku bahagia mempunyai teman sepertinya..wish u all da best in ur life and take a good care of yourself dear...all da best for becoming exams...friend forever..once again Happy Birthday and sweet 22!!:)