Saturday, July 3, 2010

peduli palestine~

Syukur alhamdulillah dibukakan hati oleh Allah s.w.t utk aku dan kawan2 ku untuk pergi meluangkan masa mendengar ceramah Peduli Palestine,line life for gaza...suatu pengalaman yang cukup indah yang aku dapat apabila dapat berkongsi pengalaman bersama salah seorang sukarelawan flotila yang terselamat semasa misi kemanusiaan ke gaza baru2 ini.Syukur alhamdulillah,Dr Syed Haleem bin Syed Hassan Al-Haddad dapat datang ke jakarta untuk sama2 membuka mata kami untuk melihat betapa kita sebagai umat islam patut mengambil peduli tentang apa yang sedang berlaku kepada saudara kita di sana...Tanah palestine telah diwakafkan kepada kita semua umat islam untuk sama2 kita jaga dan pelihara tetapi bumi palestine itu telah menjadi tanah jajahan Israel yang kejam dan durjana..selama 4 tahun setengah bumi palestine dikepung,sebarang bantuan,sebarang makanan,ubat-ubatan tidak dibenarkan dibawa masuk ke palestine.Lihat betapa kejamnya israel yang membiarkan penduduk palestine menderita dan menyeksa mereka secara perlahan2,tanah dan air diracuni dan sehinggakan tiada sebarang kerja pembaikan ataupun pembinaan semula pembangunan yang dibenarkan..

menurut pengalaman Dr.Syed Haleem,misi kemanusiaan Gaza ini telah mendapat sokongan dunia dengan disertai 52 buah negara termasuklah Turki,Greece,Sweeden,Australia,Indonesia,Malaysia dan negara2 lain tak kira bangsa dan agama apa sekalipun,mereka bersama2 di dalam kapal Mavi Marmara dengan satu niat yang sama untuk memberi bantuan kepada rakyat palestine.Menurut Dr Syed Haleem lagi,di dalam kapal tersebut terdapat berbagai macam jenis manusia dari yang solat penuh kepada yang tidak tahu solat,dari yang merokok ,bertatu semuanya ada..dari agama Islam,Kristian ,etis semuanya ada..Tapi mereka bersatu demi satu misi kemanusiaan membei bantuan kepada penduduk palestine yang dibantai teruk oleh si kejam Israel..Semasa kapal mereka sudah mulai smpai ke perairan antarabangsa,sejauh 72 batu nautica dari tebing gaza,mereka diserang oleh Israel yang datang dengan kapal,bot laju dan helikopter..Mereka ditembak secara rawak dan ramai yang mengalami kecedaraan kecil dan ada juga yang syahid...

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka ini semua adalah terrorist,tapi apakah mereka ini semua terrorist sedangkan mereka pergi tanpa membawa senjata apa sekalipun..Alhamdulillah Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk terus berjuang ,di daam misi kemanusiaan ini,mereka dilarang sama sekali menggunakan senjata walaupun mereka diserang,cara mereka adalah hanya menolak dan membuang senjata lawan ke laut jika terpaksa...Malah mereka hanya mempertahankan diri dengan menggunakan kerusi sedangakan tentera israel datang dgn perlbagai alat senjata yang moden..Apakah Israel terlalu penakut sehingga terpaksa membunuh mereka yang datang hanya untuk memberi bantuan makanan dan ubatan?Itulah kekejaman Israel yang sanga pandai memutar belit...Syukur Alhamdulillah,kuasa Allah itu lebih besar dari segalanya,bebrapa video sempat dirakamkan dan gambr sempat diambil yang boleh dijadikan bahan bukti untuk mndakwa Israel kerana menurut Dr Syed Haleem,Turki sebagai salah satu kuasa besar dgn persetujuan ramai mendesak barang rampasan yang diambil oleh Israel diserahkan kepada penduduk Israel kerana jika tidak mereka akan membawa bukti2 yang ada untuk mendakwa Israel ke muka pengadilan dan kini Israel berada dalam tekanan.

Syukur Alhamdulillah,Subhanallah saya dapat merasa bagaimana pengalaman Dr Syed Haleem yang tidak gentar walaupun maut hampir di depan mata,berdepan manusia paling kejam dan terkutuk tapi itulah suatu nikmat dari Allah yang tidak dapat dirasakan oleh semua orang.Hanya orang2 yg terpilih yang dapat merasakan dan mengalaminya...betapa bertuahnya Dr syed Haleem dan rakan2 nya yg lain..Melihat teman2nya yang syahid di medan pertempuran membuatkan mereka tidak gentar untuk terus berjuang,Orang yang syahid bukanlah orang yang mati tetapi hidup dan istimewa di sisi Allah.Menurut Dr syed lagi,temannya yang sempat mengucup jenazah pahlawan yang syahid itu tercium bau harum pada mereka.Subhanallah...

Maka kita sebagai umat Islam khususnya haruslah membuka mata mengambil peduli tentang isu ini.Sedangkan orang bukan Islam tahu bagaimana untuk membantu,apakah kita hany aperlu berdiam diri tidak ambil peduli??maukah kita tidak diakui oleh Rasulullah sebagai umatnya sebab sikap kita yang tidak pedulikan saudara kita??Tidak sempurna
iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana
dia mengasihi dirinya sendiri.Walaupun kita tidak berpeluang untuk pergi berperang tapi sekurang-kurangnya kita berdoa buat mereka dan cubalah meboikot barangan Israel..Moga allah memberi kekuatan buat rakyat Palestine dan membuka hati kita..Amin~

1 comment:

Ekin said...

waaa!sy nk p dgr jugak...=(
bestnye syaju,dengar penglaman die..huhuh moge kita semua dberi kekuatan oleh Allah tuk terus bangkit berjuang tuk tegakkan Islam n sekali gus tuk memnyelamatkan saudara2 kita di sana!!